6. Plot Penceritaan – 5 P (Pengenalan/Eksposisi, Perkembangan, Perumitan/Konflik,
Puncak/Klimaks dan Peleraian)
-semasa menjawab plot, pembahagian isi adalah mengikut 5P tersebut
-jika pelajar hanya menjawab ringkasan cerita sahaja maka jawapan tersebut dianggap terpesong
-Contoh: Pada bahagian pengenalan novel K.T. pengarang telah memperkenalkan watak Hayati yang sedang belajar muzik ……..
Manakala, pada bahagian perkembangan pula, pengarang mula menggambarkan bagaimana Hilmi mula bekerja sebagai tukan kebun di rumah……….
7. Teknik Plot – bagaimana cara yang digunakan oleh pengarang untuk menyampaikan ceritanya
-Jenis-jenis teknik plot ialah dialog, monolog, pemerian, imbas kembali, imbas muka.
-Contoh : Dalam novel KT, pengarang berjaya mengetengahkan banyak teknik plot. Antara teknik plot yang paling ketara ialah dialog. Teknik dialog banyak digunakan oleh pengarang iaitu hampir dalam kesemua bab. Antara contohnya adalah dialog antara Hilmi dengan Dr. Nathan tentang pokok bunga dan ……
-Teknik Saspen/Ketergantungan : teknik yg menyebabkan pembaca tertanya-tanya akan kesudahan sesuatu peristiwa itu.
-Teknik Kejutan : sesuatu peristiwa yg digunakan oleg penulis yg bertentangan dengan andaian/ramalan pembaca
8. Gaya Bahasa – merupakan stail penulisan pengarang seperti pemilihan diksi,
penggunaan bahasa asing,penggunaan dialek, penggunaan peribahasa personafikasi, metafora, simile, imejan dsb.
9. Latar – djbahagikan kepada tiga aspek iaitu latar masa, latar tempat dan latar masyarakat
-latar masa: bila berlaku?
-latar tempat : di mana berlaku?
-latar masyarakat : masyarakat yang bagaimana terdapat dalam karya tersebut.(Latar masyarakat boleh diambil dan diolah daripada aspek persoalan dan tema)
Cth: Masyarakat kota yang memandang hina masyarakat desa, misalnya Datin Salmah, Datin Siti Hajar dan rakan-rakan yg ....
10. Nilai Murni - nilai positif yang terkandung dalam karya seperti nilai keberanian, kegigihan, taat akan agama, kejujuran dsb.
-contoh: Antara nilai murni yang terdapat dalam novel BK ialah nilai keberanian. Nilai ini dapat kita lihat melalui watak Othman yang berani mempertahan tanah airnya daripada diganggu oleh musuh iaitu semasa bertugas sebagai anggota polis di Pagoh dan Bukit Kepong. (Nilai murni boleh diambil dan diolah drpd aspek perwatakan)
11. Pengajaran -diambil dan diolah drpd nilai-nilai murni tetapi disisipkan dengan ayat yang berbentuk cadangan spt
-Kita haruslah……….,
-Sebagai ahli masyarakat kita mestilah…………
-Kita janganlah…………..
Cikgu! Pengajaran boleh ke pakai perkataan negatif mcm "kita JANGANLAH..." atau "kita TIDAK HARUSLAH..."? Bukan ke dulu cikgu cakap tak boleh?
ReplyDeleteMengelirukan.
yang tak boleh -ve tu nilai, mana ada nilai yg tak baik..tapi kalau pengajaran tu ttg sifat negatif yg terdapat dlm novel, cth Dtn Salmah yg memndg hina kpd org kg..so pengajarannya jadi "Kita jgnlah memndg hina kpg warga desa yg miskin"
ReplyDelete