Sudah ditakdirkan, akhirnya saya menjejakkan kaki ke IAB, Genting dan terpaksa meninggalkan SMK Seksyen 9, tetapi buat sementara sahaja kerana selepas 6 bulan saya harus kembali ke sana untuk melaksanakan program sandaran selama 6 bulan. Selepas itu...sekali lagi takdir akan menentukan segala-galanya. Bunyinya klise..tapi itulah hakikatnya, teringat kata-kata guru Ekonomi saya semasa dulu-dulu iaitu tentang 'kos melepas'- nak dapat sesuatu harus korbankan sesuatu.
Memang berat rasanya meninggalkan anak-anak murid terutamanya 5STE dan 5IK4, yang akan ber'perang' dengan SPM hujung tahun ini. Bersalah rasanya!! Tapi...keputusan harus dibuat. Terpaksa ikut 'gerak rasa' dan 'gerak hati', bak kata prinsip hidup saya "hidup mesti nekad bukan 'naked'. namun, di penjuru hati saya akan tetap mendoakan kejayaan mereka (5STE&5IK4), termasuk semua calon SPM 2009.
Melalui blog ini, saya cuba untuk menyelitkan tip-tip atau teknik untuk menjawab kertas BM 1&2. Bukan nak janji manis di mulut sahaja...tapi InsyaAllah saya cuba curi-curi masa di IAB ni. Buat pelajar2 5STE & 5IK4, teruskan perjuangan. Cikgu yang mengajar tu tak penting, yang penting diri awak tu. Bak kata pepatah saya "Bukan saya yang nak ambil SPM, korang...so koranglah yang kena belajar lebih!!!
Apa-apapun, doa akan saya iringkan selalu, bertubi-tubi siang dan malam. Alang-alang mandi biar basah...masa pun tinggal beberapa bulan sahaja.
Amin...yarabbal alamin.
Hahahahaha. Terima kasih cikgu!!! Oh, kalau cikgu nak tau, cikgu baru BM kita org sekarang ni Pn Zanariah. Hari Isnin ni kita org ada kelas dgn dia... jeng jeng jeng!!! Haha.
ReplyDeleteCikgu! Kitorang belum belajar lagi subjek BM dkt kelas!
ReplyDeletecikgu ni, cepat sangat tinggalkan kitorg! ISHHH!!!! Dah x de dah lawak2 nanti! Hahaha!Cikgu, teringin rasanya nak buat karangan and dpt markah karangan yang SIKIT oleh cikgu sekarang! Tapi masa SPM , nak A!!!:P hahah
-Syazwina Zafira Zamanuddin (5 STE)
Waaa...rindu cikgu!
ReplyDeletehahaha. Semoga cikgu sihat sejahtera kt IAB yea. Jgn lupakan kami cikgu! Doa2 kn lah kami disini yerp.
Rindu la lawak jenaka cikgu. Hahaha. Insyallah kita akan berjumpa lagi ye cikgu. Salam¬
ali amir razali ;)
Cikgu! Tadi we had our 3rd class dengan Pn Zanariah. Minggu sudah baru start blaja BM. Pn Zanariah tu garanggg... tapi dia lawak! Lawakkk sgt! Tak disangka-sangka! Haha. Dia best ah. Sekarang ni kita org semua asyik blaja komsas je sebab Pn Zanariah ckp 5STE ni ketingalan.
ReplyDeleteOkaylah tu...memang awak semua banyak ketinggalan, maklumlah saya banyak keluarlah, meetinglah dsb...teruskan. Tapi kalau ada masalah bolehlah dikongsikan dengan saya...maksud saya masalah dengan BM. okay kirim salam kepada pelajar yang lain
ReplyDeleteCikgu! Boleh x belajar BM last minute? hohoh
ReplyDeleteboleh..dgn syarat byk buat latihan soalan tahun lepas yg setara...nanti saya bagi soalan2 spot...k.
ReplyDelete